Saturday, January 5, 2019

Suara 5 Negara, Sebuah Antologi Puisi Bersama Penyair Lima Negara









Ini merupakan buku yang berupa himpunan karya-karya penyair dari lima negara di Asia Tenggara. Secara alfabetis, negara-negara dimaksud, yakni Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand.

Semula antologi ini mengusung tema perlawanan. Akan tetapi, dalam masa pengumpulan puisi, tema tersebut tidak bisa dipertahankan karena para penyair lebih menginginkan ide-ide yang bebas. Berikut ini sebagian dari puisi-puisi dalam Suara 5 Negara.
   
Puisi A Amin Jamaluddin (Brunei Darussalam)

ADA YANG TIADA

Ada muka tak berwajah
Ada wajah tak bermuka

Ada lukisan tak berwarna
Ada warna tak berlukis

Ada citra tak berimej
Ada imej tak bercitra

Ada mata tak melihat
Ada lihat tak bermata

Ada tangan tak menggenggam
Ada genggaman tak mertangan

Ada kaki tak berjalan
Ada jalan tak berkaki

Ada lidah tak merasa
Ada rasa tak berlidah

Ada hidung tak menghidu
Ada bau tak berhidung

Ada mulut tak bersuara
Ada suara tak bermulut

Ada telinga tak pekak
Ada pekak tak bertelinga

Ada suara yang bisu
Ada bisu yang bersuara

Ada melodi tak bernada
Ada nada tak bermelodi
Ada lagu tak bernyayi
Ada nyayi tak berlagu

Ada baju tak berecelana
Ada celana tak berbaju

Ada manusia tak berinsan
Ada insan tak bermanusia

Ada tidur tak bermimpi
Ada mimpi tak tidur

Ada pelajaran tak berakhlak
Ada akhlak tak berpelajaran

Ada cinta tak berkasih
Ada kasih tak bercinta

Ada sayang tak merindu
Ada rindu tak menyayang

Ada anak tak berindung
Ada indung tak beranak

Ada hidup yang mati
Ada mati yang hidup

Ada fikir tak berzikir
Ada zikir tak berfikir

16 Februari 2012.

A.Amin dan A.Amin Jamaluddin adalah nama pena bagi Ak. Hj Amirul Amin Pg. Hj. Jmaluddin. Beliau dilahirkan tanggal 21 Ogos 1986 di hospital RIPAS, Bandar Seri Begawan. Beliau telah mendapat pendidikan Melayu dan Inggris dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat institusi tinggi. Beliau telah Berjaya mendapat ijazah pertama di Universiti Brunei Darussalam tahun 2011. Semasa menuntut di university Brunei Darussalam selama 4 tahun (2007-2011), beliau telah mengambil kursus sarjana Muda Sastera Pendidikan (dalam bidang kesusteraan Melayu dan Linguistik Melayu). Sekarang beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di university yang sama. A. Amin Jamaluddin telah menghasilkan 4 buah buku iatu Anak Tangga (2009), Keringat Minda (2009), Mengurapakkan Hikayat Awang Kamaruddin (2011) dan Jelajah Titisan Tinta (2011).


Korrie Layun Rampan (Indonesia)

OBITUARI BURHANUDDIN SOEBELY, 28 MEI 2012

sungguhkah kita bertemu
di ruang waktu?
di mana?

cakrawala memandikan cinta
          pelukan angin samudera

riuh zaman menari
          bersama mimpi

lalu di mana waktu
          junjungan menunggu?

Indonesia, 1 Juni 2012


Korrie Layun Rampan lahir di Samarinda, 17 Agustus 1953. Sudah menulis 357 judul buku. Sampai Januari 2012 telah  menerima 16 hadiah secara nasional. Ia mengajar, mengelola Rumah Sastra Korrie Layun Rampan, Pusat Pengkajian Kebudayaan, Pusat Dokumentasi Sastra Korrie Layun Rampan serta Universitas Korrie Layun Rampan. Sehari-hari banyak dibantu bersenda-gurau dengan sastra hahahehehihihoho….


Idrisboi Boiboi (Malaysia)

KOSONG
renta alam sebuah kesepian
yang keheningan ini
pada detik ini
menegak sebatang lilin
tidak tidur, sendrian
menitis bayang
menitiskan nafas
menitiskan derap-derap
yang melahap lorong
lenyap ke dalam kepekatan
bayang-bayang
kosong
itulah segala-galanya

11/5/12



IDRIS Boi. 146, Taman Sri Wangi, Lrg 5, Jln Menggris, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak. Motivator Bebas / Penceramah / Penulis / Bekas Editor, Cikgu, dan Ekskutif Pemasaran. Novel: Pernmata Desa, Wasiat Ayah, Sumpah Anak Bumi terbitan DBP, Malaysia. Cerpen dalam antologi Meminggir Angin, puisi Kota Gemilang-DBP dan Bujang Senang; Legenda Sebuah Cinta-Prima Buku, KL. Anugerah: Hadiah Pertama Jurnalis AZAM 1996, Shell Awards, DBKU, DBP dan lain-lain. Pendidikan: Diploma Pertanian ( UPM ), Serdang, Selangor D.E. Bachelor in Human Resource Management ( HRD ) Colombia Holistic Unversity ( CHU ), USA, Master in HRD, Berkeley International Unversity ( BIU ), USA dan PhD ( Doctor of Philosophy ) in Human Resource Management ( HRD ) Golden State Unversity ( GSU ), Wyoming, USA.


Ahmad Md Tahir (Singapura)

SINDROM

I
sebenarnya,
pesona warna di sini
 segala kehitaman antara warna.

sebenarnya,
kehitaman warna di sini
 segala pesona antara warna.

II
adalah;
seseorang di antara kita
 yang bergelar istimewa
  dengan segumpal amanah
berdirinya memanjat bicara.

adalah;
sesewaktu antara ketika
 menjadilah dia seorang pelupa
  tak bisa lagi mengenali warna
bicaranya kekehilangan makna.

III
sebenarnya -
pesona warna di sini
kehitaman warna di sini.

 telah menjadikan sesiapa pelupa
  meskipun dia bergelar istimewa.

Berita Minggu, 04.11.90


Ahmad Md Tahir atau nama penanya T. Ahmad Mohamed (bagi penulisan esei) dilahirkan di Paya Lebar, Singapura pada tahun 1967. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Mattar; Sekolah Menengah Siglap; dan Sekolah Menengah Teknikal Tanjong Katong bagi pendidikan Pra-Universiti. Kini bertugas sebagai Penganalis Makmal di sebuah syarikat Swiss – SGS. Beliau mula menulis pada tahun 1984 semasa dalam tahun pertamanya di Pra-Universiti. Ahmad amat prolifik dalam bidang puisi. Beliau merupakan salah seorang pengasas Kamus; Setiausaha, Pegawai Perhubungan dan Ketua Unit Puisi KAMUS.  Karya. Di antaranya,Bunga Makna, Spura: Pustaka Melayu Publisher, 1992; Journeys: Words, Home & Nation (antologi bersama), Spore: The Centre for the Arts, National University of Spore, 1995; Memories & Desires (antologi bersama), Spore: The Centre for the Arts, National University of Spore, 1999; Rhythms: A Spore Millennial Anthology Of Poetry (antologi bersama), Spore: National Art Councils (NAC), 2000; Fire of the Spirit (antologi bersama), US: International Library of Poetry, 2002. Pencapaian / Anugerah. Di antaranya, hadiah Penghargaan Anugerah Saadon Ismail (1990, 1992 & 1993); hadiah Kedua Sayembara Sastera MBMS (1993); Hadiah Penghargaan Anugerah Saadon Ismail (1994); hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: sajak Teja (Erti Feudalisme) (1995).


Phaosan Jehwae (Thailand)


ROKOK

Jangan rasa megah dan hebat
Jangan kau rasa jantan dan kuat
Jangan kau rasa tinggi dan mulia
Jangan kau rasa lawa dan kren
jangan kau rasa kau mampu dan kaya
Bila kau merokok
bila kau menghisap
bila kau menelan
bila kau memakan
bila kau menghidu
najis-najis rokok ganja
tahi-tahinya dadah candu
kau sangat lemah yakin
kau pelacur jantan
kau manusia hina
kau hudoh sifat
kau muskin akal
jangan menyala api-api neraka
jangan kau menghemburkan asap-asap Jahanam
jangan kau memakan bangkai iblis
jangan kau menghidu tahi syaitan
celakalah kau perokok
musnahlah kau pemabuk
hancurlah kau pecandu
menyalakan bara

28/3/12


Phaosan Jehwae  atau nama melayunya  Che Wan Fauzan Bin Che Wan Yusoff (lahir di PATTANI, Selatan Thai) adalah seorang seniman dan sasterawan yang sangat aktif di Asia Tenggara. Beliau juga menjadi pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Islam Yala, THAILAND. Selain menjadi sasterawan dan pensyarah, beliau aktif menulis dalam pelbagai bidang dan karya-karya beliau telah banyak diterbitkan di pelbagai Negara di Nusantara. Beliau pernah belajar Ijazah pertama (S.1) dan Ijazah Sarjana (S.2) di Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga,Yogyakarta, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta dan Universitas Negeri Jakarta. Peringkat Ijazah Ph.D diperoleh daripada Universiti Brunei Darussalam.

Untuk alamat surat menyurat Phaosan Jabatan Bahasa Melayu Universiti Islam Yala (Yala Islamic University) 135/8  Tambon Kautoom, Amphor Yarang, Changwad Pattani , S. Thailand- 94160. Seminar, pertemuan dan anugrah yang diikuti dan diterima Phaosan di antaranya; mewakili Negara Thailand Short course Islam, Gender and Reproductive Right The Ford Foundation, Yogyakarta, Indonesia (2002), Mendapat Anugerah Projek Penyelidikan Antarabangsa Daripada Thailand Research Fund Thailand Research Fund, Kelantan, Malaysia (2009), Mendapat Anugerah Projek Penyelidikan Antarabangsa Daripada Thai Embassy Di Malaysia Thai Embassy Malaysia, Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak (2009), Mewakili Negara Thai dan Membentang Kertas Kerja Di Pertemuan Sasterawan Nusantara (PSN), ASAS 50, Singgapura (2011), Pewakilan Negara Thai di Pertemuan Penyair Nusantara (PPN) Pemerintah Indonesia Palembang (2011), Perwakilan Negara Thai di Pertemuan Penyair Asia-Korea, Pemerintah Indonesia, Riau (2011), Diundang untuk persembahan puisi di Malam Kenduri Seni Melayu Pemerintah Kota Batam, Kepulauan Riau (2011), Mewakili Negara Thai dan Membentang Kertas Kerja Bahasa/kerajaan Negeri Sabah-Malaysia 2012.

Karya-karya;1. gender Issues in Thailand, Paper Presented at Short Course Shoutheast Asia on Islam, Gender and Reproductive Rights, 13 July – 14 August 2002, The Ford Foundation, Yogyakakarta, Indonesia. 2. PATANI DARUSSALAM (Telaah Atas Sejarah,Gerakan dan Kebangkitan Islam Di Selatan Thailand ) diterbitkan Oleh Majalah Hidayah, Edisi Spisial Idul Fitri, tahun 2-Edisi 17 Ramadhan 1423/Desember 2002. 3. Ratu-Ratu Kerajaan Patani , diterbitkan oleh “The Indonesian Nasional News Agensy” Lembaga Kantor Berita Nasional (Antara), pada tanggal 6 Febuari 2003. 4. Syed Daud al-Fathoni, Ulama Sejati Patani, diterbitkan oleh “The Indonesian Nasional News Agensy” Lembaga Kantor Berita Nasional (Antara), pada tanggal 6 Febuari 2003. 5. Pandangan Ibn Katsir dan Al-Manar Tentang Wanita (Relevansinya Umat Islam Patani), diterbitkan oleh Dewan bahasa Dan Belia Brunei Pada Sidang MABBIM ke-42 pada tanggal 10-14 Maret 2003 di Negara Brunei Darussalam. 6. Pandangan Rakyat Malaysia Keturunan Siam Terhadap Bahasa Melayu (Studies attitude Of Malaysia Siamese Community to Malay Language in   Malaysia’s Kelantan State), Program on National Policy and Transnation Relations (Division1), The Thailand Research Fund, 2008. 7. Peranan bahasa Melayu di Selatan Thai, Universiti Islam Yala, 2008. 8. Masalah Buruh Dari Tiga Wilayah Sempadan Thai Di Malaysia, Projek Besar Kedutaan Thai Di Malaysia, 2009. 9. Bahasa Melayu Sebagai Wahana Kedamaian Di Selatan Thai, Dewan Bahasa Edisi Mei 2009. 10. Universiti Islam Yala Menyambut Hayat Bahasa Melayu di Thailand, Dewan Bahasa Edisi September 2009. 11. Bahasa Melayu Komunikasi Jilid 1, Universiti Islam Yala, 2009. 12. Mutiara Dari Selokon, Pustaka Dewan Puisi, Kelantan Malaysia, 2010. 13. Bahasa Melayu Orang Siam Kelantan, Dewan Bahasa Edisi November 2011. 14. Antologi Akulah Musi, Pertemuan Penyair Nusantara V Pelembang, 2011. 15. Pertemuan Penyair Korean-Asean Poets Literature Festival (KAPLF), Riau, 2011. 16. Antologi Sinar Siddiq, Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam, Sabah, 2012. 17. Perkembangan Bahasa Melayu Di Thailand, Dewan Bahasa Edisi Feb.2012.

0 comments: